fbpx
GAMBAR terkini Puteri Balqis yang mencuri perhatian umum.

Puteri Balqis okay ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon cilik berbakat besar iaitu Puteri Balqis. Memang sejak kecil Balqis sudah mampu memberikan mutu lakonan berkelas tinggi dan berjaya menghayati apa jua watak yang diberikan kepadanya.

Diva cukup suka dan terkesan dengan drama berjudul Balqis sehingga melayakkan pelakon itu memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 sekali gus menjadi pemenang termuda bagi kategori tersebut pada usia tujuh tahun.

Baru-baru ini Diva tidak sengaja terjumpa akaun Instagram Balqis. Asalnya nak mencari akaun orang lain. Sudah alang-alang terjumpa, Diva buka profil Instagram Balqis.

Melihat perkongsian Balqis, memang lain daripada yang lain. Boleh tahan juga penampilan pelakon yang kini sudah pun berusia 14 tahun itu.

Salah satu gambar yang dikongsikan Balqis adalah penampilannya memakai skirt pendek berserta stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak.

Terus Diva teringat zaman kegemilangan ‘gothic’ yang pernah menjadi trend remaja sekitar tahun 2000-an dahulu.

Apabila membelek apa yang dikongsikan Balqis, Diva dapat rasakan umpama ada rahsia yang cuba disimpannya daripada pengetahuan umum. Malah Balqis juga bertindak menutup ruangan komen dalam Instagramnya.

Seperti yang diketahui, nama Balqis sebelum ini pernah tiba-tiba hilang daripada radar dunia seni sebelum diketahui bahawa dia menghidap masalah kesihatan.

Harap-harap Balqis berada dalam keadaan baik-baik sahaja ya.

DIVA: Tahniah buat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila terpilih menjadi antara Selebriti Paling Menyerlah di TikTok sepanjang tahun 2021.

POPULAR