fbpx

Pelajar tahfiz, bayi antara mangsa kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah runtuh yang berlaku di sebuah rumah di Taman Dataran Ukay Hulu Kelang.

PETALING JAYA – Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di bahu jalan berdekatan Tahfiz Al-Munawarah, Taman Melawati dan Jalan Bunga Anggerik Dataran Ukay, Hulu Kelang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, satu keluarga membabitkan seorang lelaki, seorang wanita dan seorang bayi serta 12 pelajar tahfiz terkesan akibat kejadian berkenaan.

“Kesemua mangsa telah dipindahkan ke Dewan Kampung Kemensah.

“Seramai empat anggota polis dengan bantuan lima anggota bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut membuat kawalan serta pemantauan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Farouk, pihaknya turut mengambil tindakan awal dan sedang menyiasat kejadian tanah runtuh melibatkan Dataran Ukay.

“Selain itu, kita terima laporan paras air naik dan melimpah di kawasan Kampung Pinggir 3, Lembah Jaya Utara, malam tadi,” ujarnya.

Jelasnya, tiada sebarang penutupan jalan dibuat dan pihaknya juga mendapati terdapat laluan di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Baru Ampang dinaiki air tetapi masih boleh dilalui kenderaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI