fbpx

Banjir : Jakim seru masjid, surau adakan solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan supaya mengadakan solat hajat khusus selepas solat Maghrib malam ini bagi mendoakan agar situasi bencana banjir di seluruh negara segera pulih.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad mengarahkan Jakim untuk mengadakan solat hajat itu.

Beliau berkata, solat hajat akan diadakan selepas Solat Maghrib pada malam ini melalui tiga buah masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Kami juga memohon kerjasama dan jasa baik Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan solat hajat di masjid dan surau di seluruh negara bagi tujuan yang sama,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga meminta Jakim supaya masjid-masjid utama terus cakna dengan mangsa banjir dan sentiasa bersedia untuk dijadikan pusat penempatan mangsa banjir sekiranya diperlukan pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI