fbpx

71 jalan, lebuhraya ditutup di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN banjir di Bandar Seri Coalfield, Kuala Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Sebanyak 71 jalan utama dan beberapa lebuhraya di seluruh Selangor ditutup berikutan masih dinaiki air sehingga pukul 10 malam ini.

Selain daerah ini, ia melibatkan kawasan Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sungai Buloh, Sepang, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Laluan yang ditutup itu mencatatkan peningkatan berbanding 67 jalan pada pukul 4 petang tadi.

Penutupan itu turut melibatkan Lebuhraya Shahpadu, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi memaklumkan perkembangan penutupan akibat banjir itu dibuat menerusi pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Senarai nama jalan yang disenaraikan adalah seperti berikut:

IPD Petaling Jaya

1) U-turn keluar dari Airport Subang menghala ke Bulatan Airport

IPD Klang Utara

1) Lebuhraya Shahpadu
2) Jalan Haji Sirat Menghala Kapar
3) Persimpangan Jalan Meru
4) Persiaran Sg Keramat
5) Batu 4 Jalan Kapar
6) Grand Shahpadu Tol Rantau Panjang
7) Jalan Meru Setia Alam Klang Central
8) Jalan Inang 5 Bukit Raja
9) Jalan Bukit Kapar

IPD Sg Buloh

1) Simpang Empat Bandar Desa Coal Field Puncak Alam Berdekatan Dengan Lampu Isyarat
2) Jalan Bukit Cerakah Desa Coal Field Menghala Alam Jaya

IPD Subang Jaya

1) Lebuhraya LDP Batu 13
2) Bulatan Puchong Permai
3) Jalan jurutera
4) Persiaran Puchong Prima
5) Persiaran Puchong Permai

IPD Kuala Langat

1) Jalan Sukepi
2) Jalan Kg Jenjarom
3) Jalan Bkt Komandol
4) Jalan Rimbayu
5) Jalan Masjid Bt. 9
6) Jalan Garuda
7) Jalan Kasawari
8) Jalan Tiong
9) Jalan Jalak
10) Jalan Murai
11) Jalan Merak
12) Jalan Perepat
13) Jalan Prupuk
14) Jalan Makmur
15) Jalan Mikon
16) Jalan Ibrahim
17) Jalan Kuntoni
18) Jalan Borhan
19) Jalan Bkt Serdang
20) Jalan Perak Kiri
21) Jalan Sentosa
22) Jalan RRB
23) Jalan RTB
24) Jalan Pinggir Dua
25) Jalan Pak Rashid
26) Jalan Rantau Panjang
27) Jalan Wak Iman

IPD Sepang

1) Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi
2) Jalan Kota Warisan/BBST
3) Jalan Bukit Canggang/ Bandar Baru Salak Tinggi.
4) Jalan Salak/Sepang
5) Jalan Kg Ginching (hadapan Masjid)

IPD Shah Alam

1) Jalan Kota Kemuning Lebuhraya KESAS
2) Jalan Ke Pasar Tani Shah Alam
3) Jalan HICOM
4) Persiaran Jubli Perak Sek 19
5) Lebuhraya LKSA Dari Arah Jubli Perak ke Plaza Tol Sri Muda
6) KM 8.5 NKVE
7) Jalan Bukit Kemuning Dari Persiaran Kuala Selangor ke Sri Muda
8) Lebuhraya Elite Kedua Arah

IPD Klang Selatan

1) Jalan Raja Nong Klang
2) Jalan Teluk Pulai
3) Jalan Kampung Delek
4) Jalan Teluk Gong
5) Jalan Sungai Jati
6) Jalan Perigi Nenas
7) Jalan Johan Setia
8) Jalan Selat Damai
9) Jalan Kampung Pandan
10) Jalan Kg Nelayan Teluk Gong

IPD KLIA

1) Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA
2) Jalan Banting menghala ke Nilai (Hadapan Bomba KLIA)

IPD Hulu Selangor

1) Jalan Kuala Kubu Bharu –  Bukit Fraser menghala ke Peretak

IPD Sungai Buloh

1) Simpang empat ke Bandar Desa Coalfield, Puncak Alam (Lampu isyarat) Saujana Utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI