GAMBAR pemandangan dari udara yang dirakam semalam menunjukkan kemusnahan akibat Taufan Super Rai di bandar Surigao. - AFP

Korban Taufan Super Rai meningkat 18 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Angka korban akibat taufan paling kuat melanda Filipina pada tahun ini meningkat kepada 18 orang ketika agensi pengurusan bencana nasional mengeluarkan amaran berhubung ‘kerosakan teruk’ di beberapa kawasan yang paling teruk terjejas.

Lebih 300,000 orang meninggalkan rumah mereka dan resort tepi pantai ketika Taufan Super Rai menghentam tengah dan selatan Filipina dengan memutuskan talian komunikasi di beberapa kawasan dan menerbangkan bumbung-bumbung bangunan.

Rai dikategorikan sebagai taufan super apabila ia melanda Pulau Siargao semalam. Ribut itu membawa angin selaju 195 kilometer sejam, manakala menjelang semalam, kekuatannya berkurangan kepada 155 kilometer sejam, kata agensi meteorologi tempatan

Lebih 18,000 anggota polis, tentera, pengawal pantai dan bomba akan menyertai usaha mencari dan menyelamat di kawasan yang paling teruk terjejas, kata jurucakap agensi pengurusan bencana nasional, Mark Timbal.

“Terdapat kerosakan teruk  di Surigao dan Siargao,” katanya, merujuk kepada kawasan yang paling teruk terjejas itu.

Talian komunikasi di Siargao dan bandar berdekatan, Surigao masih terputus. Kedua-dua tempat itu terletak di utara Pulau Mindanao.

Timbalan Gabenor Dinagat, Nilo Demerey memberitahu stesen penyiaran ABS-CBN bahawa ribut itu mencetuskan kerosakan besar di sebuah pulau dekat Siargao yang menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terkorban.

Perkembangan itu menjadikan angka korban setakat pagi ini meningkat kepada 18 orang dengan agensi pengurusan bencana menyatakan, tujuh mangsa dilaporkan hilang dan dua lagi cedera.

“Odette sungguh kuat,” kata Demerey yang menggunakan nama tempatan untuk Taufan Super Rai.

Selepas membadai Pulau Palawan, Rau menyeberangi Laut China Selatan hari ini dan menuju ke Vietnam. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN