fbpx

Kedudukan MN akan ditentukan dalam PAU bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri memukul gong sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera, dekat sini hari ini.

BERA – UMNO perlu membuat keputusan yang jelas mengenai isu Muafakat Nasional (MN) yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan rasmi tertinggi khususnya dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada bulan depan diharap dapat menyelesaikan isu berkenaan.

“Jadi sebab itu bagi saya perlu ada keputusan jelas agar ahli tahu keputusan dan juga kita kepimpinan bahagaian tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kita di Bera masih mengadakan program bersama (Pas) tidak ada isu, kita (UMNO) Bera akan terus bekerjasama dengan Pas, saya percaya Pahang pun akan terus kerjasama dengan Pas, kita akur kepada keputusan PAU dan Ahli Majlis Tertinggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Pada mesyuarat berkenaan UMNO Bahagian Bera sepakat mengusulkan agar Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian meneruskan tanggunjawab sebagai Perdana Menteri sehingga penghujung penggal bagi melaksanakan tanggunjawab memulihkan ekonomi, politik dan isu Covid-19.

Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri menjelaskan, MN yang diputuskan dalam PAU sebelum ini masih lagi wujud memandangkan tiada keputusan rasmi parti dan ia perlu segera mengadakan mesyuarat.

Justeru katanya, semua pihak harus mengurangkan kenyataan mengenai isu tersebut yang bertentangan dengan keputusan yang dicapai dalam PAU yang lepas.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar setiap UMNO negeri diberikan kelonggaran untuk membuat keputusan bersesuaian dalam isu kerjasama dengan Pas.

“Bukan autonomi tetapi negeri boleh menyesuaikan, saya berpandangan negeri Terengganu berbeza dengan Pahang ada yang sesuai Pahang tidak bolah terpaksa Terenganu terima, Pahang berbeza, Terengganu berbeza,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI