fbpx

Kacaknya, pelakon cilik K3G curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Jibraan Khan yang tular dalam TikTok kerana dia kini membesar menjadi seorang lelaki yang kacak.

PEMINAT filem Bollywood terkenal, Kabhi Khushi Kabhie Gham (K3G), pasti akan mengingati watak kanak-kanak lelaki bernama Krish yang merupakan anak kepada Rahul (Shah Rukh Khan) dan Anjali (Kajol).

Puluhan tahun bergulir, beberapa hari lalu pemilik watak Krish iaitu Jibraan Khan membuatkan warga TikTok terkedu melihat ketampanannya.

Lebih menarik perhatian apabila Jibraan melakonkan semula dengan membaca dialog daripada salah satu babak yang paling menyentuh perasaan penonton.

Disebabkan video tersebut, ramai yang mula mengimbau kenangan dan menonton semula filem yang sudah berusia dua dekad tersebut.

“Tak sangka Krish membesar menjadi seorang jejaka yang sangat kacak. Dia membuatkan saya mahu menonton filem tersebut semula,” komen seorang pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI