fbpx

Hanya lima perlawanan FPL minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAINGAN Fantasi Premier League (FPL) minggu ke-18 menyaksikan lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa ditangguhkan disebabkan penularan Covid-19.

Lima perlawanan itu melibatkan aksi 10 pasukan iaitu Manchester United, Brighton, Everton, Leicester City, Southampton, Brentford, Watford, Crystal Palace, West Ham United dan Norwich City.

Justeru, Kosmo! berkongsi beberapa tips dan pemilihan pasukan sebagai panduan untuk membantu para pengurus FPL melakukan pertukaran terbaik dalam usaha memburu mata maksimum minggu ini.

 

PENJAGA GOL
AARON Ramsdale dijangka bakal meneruskan kecemerlangan memastikan gawang Arsenal sekali lagi tidak dibolosi dengan kali ini menentang Leeds yang baru sahaja kalah besar kepada Manchester City.

PERTAHANAN
OLEKSANDR Zinchenko akan menjadi sandaran di pertahanan kiri kerana Joao Cancelo dijangka beraksi sebagai bek kanan menggantikan Kyle Walker kerana masalah kecederaan.

TENGAH
KEVIN De Bruyne menjadi pilihan mengetuai bahagian tengah berdasarkan prestasinya selepas melakukan sembilan percubaan ke arah gawang Leeds yang menyaksikan dia menjaring dua gol baru-baru ini.

PENYERANG
OLLIE Watkins patut berada dalam pasukan FPL anda berdasarkan harganya yang murah selain prestasi cemerlang bersama Villa ketika ini. Ketajaman dimiikinya mampu memastikan Villa menang ke atas pasukan bergelut, Burnley.

KAPTEN
MOHAMED Salah terus menjadi pilihan Kosmo! sebagai kapten FPL bagi saingan minggu ini berdasarkan rekod cemerlangnya dengan 15 gol dan sembilan bantuan jaringan dalam misi merobek gawang Tottenham Hotspur pada Isnin ini.

JADUAL PERLAWANAN

SABTU
MAN. UNITED lwn BRIGHTON
(Perlawanan ditunda)

A. VILLA lwn BURNLEY
(Siaran langsung Astro 813, 11 mlm)

SOUTHAMPTON lwn BRENTFORD
(Perlawanan ditunda)

WATFORD lwn C. PALACE
(Perlawanan ditunda)

WEST HAM lwn NORWICH
(Perlawanan ditunda)

AHAD

LEEDS lwn ARSENAL
(Siaran langsung Astro 813, 1.30 pagi)

EVERTON lwn LEICESTER
(Perlawanan ditunda)

WOLVES lwn CHELSEA
(Siaran langsung Astro 812, 8 mlm)

NEWCASTLE lwn MAN. CITY
(Siaran langsung Astro 811, 10.15 mlm)

ISNIN

TOTTENHAM lwn LIVERPOOL
(Siaran langsung Astro 813, 12.30 tgh mlm)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI