fbpx

Banjir: Tiga kawasan ke PJ ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lokasi yang dinaiki air.

PETALING JAYA -Tiga kawasan di Petaling Jaya ditutup ekoran paras air meningkat akibat hujan berterusan.

Antara kawasan yang terlibat adalah bawah laluan bertingkat susur keluar Lapangan Terbang Subang (LTS), jalan menghala Lapang Sasar Subang dan laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan susur keluar LTS.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, orang ramai dinasihati agar tidak melalui laluan tersebut bagi mengelakkan daripada terperangkap.

“Susulan daripada kejadian cuaca yang kerap hujan, pihak polis akan membuat pemantauan di kawasan-kawasan yang berisiko untuk dinaiki air.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai banjir di mana-mana kawasan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya boleh menghubungi bilik gerakan di talian 03-79662176,” katanya dalam satu kenyataan tadi. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI