fbpx

Pemain hoki Perak tidak puas hati sebab isu imbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua kiri) semasa menyerahkan cek RM100,000 kepada Sayuti kelmarin atas kejayaan skuad hoki Perak muncul juara Piala Tun Abdul Razak.

IPOH – Persatuan Hoki Perak ( PHP) dilanda ‘gelora’ apabila pemain-pemain membantah kerana tidak berpuas hati dengan imbuhan hasil kemenangan muncul juara Piala Tun Abdul Razak 2021.

Perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain mula terserlah kerana mereka hanya akan menerima RM2,000 seorang sedangkan kerajaan negeri menghadiahkan RM100,000 berikutan kejayaan Perak muncul juara dua tahun berturut-turut semalam.

PHP sebelum ini mengumumkan pemberian ganjaran sebanyak RM2,000 kepada setiap pemain dan pegawai berikutan kejayaan muncul juara dalam kejohanan edisi 2021 yang baru lalu.

Sebelum itu pemain dan pegawai masing-masing menerima RM350 semasa kejohanan berlangsung menjadikan jumlah keseluruhan imbuhan sebanyak RM2,350.

Berikutan itu PHP dikecam hebat serta dituduh cuba ‘songlap’ ganjaran yang sepatutnya diagihkan sama rata kepada 18 pemain serta dua jurulatih pasukan.

Kecaman melalui hantaran WhatsApp itu termasuk ugutan untuk angkat kaki tahun hadapan dihantar kepada Presiden PHP, Mohd. Sayuti Abdul Samat.

Berikutan itu PHP akan mengkaji semula jumlah imbuhan yang akan diberikan kepada pemain dalam mesyuarat majlis yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Kami tiada niat untuk ambil duit itu untuk diri sendiri atau menipu pemain. Oleh yang demikian PHP akan berbincang semula tentang imbuhan kepada pemain,” katanya.

Sayuti berkata, jumlah asal itu sudah dipersetujui dalam mesyuarat eksekutif persatuan itu pada 27 November lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI