fbpx

Kampung Bantal dan Kampung Gusai mula dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kawasan kedai kopi, tempat menunggu bot penambang dan jeti bot penambang mula ditenggelami air di Kampung Bantal, Hulu Tembeling, Jerantut hari ini.

JERANTUT – Petanda awal banjir di Ulu Tembeling bermula apabila penempatan di pesisir Sungai Tembeling iaitu Kampung Bantal dan Kampung Gusai mula dinaiki air susulan hujan lebat sejak semalam.

Penduduk Kampung Bantal, Zulkefly Jamaludin berkata, siren amaran banjir berbunyi pada pukul 12.27 tengah malam tadi apabila air melimpah masuk ke kawasan dataran kampung melibatkan kedai makan, pondok menunggu bot penambang, jeti dan beberapa buah kediaman penduduk.

“Kami tidak terkejut kerana sudah menjangka air Sungai Tembeling melimpah masuk ke kawasan premis memandang hujan lebat sejak tiga hari lalu.

“Kejadian ini berpunca apabila berlaku pertembungan aliran Sungai Sepia dan Sungai Tembeling berdekatan kampung ini menyebabkan air naik dengan cepat,” katanya di Kampung Bantal di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, sejak tengah malam tadi hingga kini air Sungai Tembeling mula naik melimpah hingga ke paras tebing di beberapa lokasi seperti di Kampung  Gusai, Kampung Bantal, Kampung Kuala Sat dan Kampung Kuala Tahan.

Bagaimanapun katanya, tiada lagi pusat pemindahan sementara dibuka di kawasan tersebut dan pihak berkuasa melakukan pemantauan berterusan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI