fbpx

Aguero akur gagal selamatkan karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO (kiri) menghadiri sidang akhbar mengumumkan persaraannya bersama Laporta yang berlangsung di Camp Nou kelmarin. – AFP

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Sergio Aguero menitiskan air mata ketika mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak gara-gara masalah jantung yang dihadapinya.

Selepas mengambil masa untuk menentukan masa depannya, bekas pemain Manchester City itu menganggap ini adalah detik paling sesuai menggantung but selain mengakui kesihatan adalah perkara lebih utama.

Aguero menyatakan, dia berbangga serta gembira dengan karier yang dilaluinya sepanjang bergelar pemain sehingga menjulang pelbagai gelaran bersama City, Atletico Madrid, Independien­te dan Argentina.

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak walaupun ia sukar. Keputusan ini dibuat 10 hari lalu selepas melakukan segala-galanya untuk selamatkan karier, namun ia tidak memihak kepada saya.

“Saya terpaksa ambil masa yang agak lama untuk terima hakikat ini. Bagaimanapun, saya gembira dengan karier kerana impian saya sejak kecil adalah untuk bermain di Eropah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Barcelona, Joan Laporta turut memberikan penghargaan kepada Aguero meskipun pemain tersebut baru sahaja menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan musim panas lalu.

“Anda (Aguero) sudah memberikan sumbangan besar kepada bola sepak menerusi bakat yang dimiliki. Secara jujur, kami mahu mendapatkan Aguero ketika dia bergelar pemain Atletico Madrid lagi,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI