fbpx

Graduan Kolej KEDA raih pendapatan RM25,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad FIRDAUS (kanan) bergambar bersama sijil-sijil yang diperolehinya.

SIK – Kolej KEDA bukan sahaja berjaya melahirkan graduan berdaya saing tetapi juga mampu melahirkan usahawan muda berkemahiran yang mampu memperoleh pendapatan tinggi di usia muda.

Salah seorang pelajarnya yang juga merupakan usahawan Teknikal, Muhammad Firdaus Yusoff berkata, walau usianya baru mencecah 23 tahun tetapi kini telah memperoleh pendapatan purata RM25,000 sebulan hasil daripada kontrak penyaman udara yang diperolehnya.

Selain itu, Muhammad Firdaus turut berjaya menjadi usahawan teknikal melalui pembukaan syarikat MFY Utara Enterprise di Alor Setar.

Beliau merupakan graduan sijil tahap 3 Program Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara di Kolej KEDA pada tahun 2017 yang lalu.

Beliau berkata, keinginannya untuk menjadi usahawan teknikal adalah ketika belajar di Kolej KEDA kerana banyak keistimewaan diperoleh selain Kolej KEDA turut menekankan pemerkasaan modal insan dalam kalangan pelajar.

Menurut Alumni Kolej KEDA itu, Kolej KEDA menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan pelbagai kemudahan peralatan teknikal yang lengkap.

“Pengajian di sini bukan semata-mata mentelaah buku dan menduduki peperiksaan sahaja, malah menekankan sesi latihan praktikal secara berterusan demi memantapkan kemahiran pelajarnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI