fbpx

ATM tahan 7 PATI warga Myanmar di laluan balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh PATI warga Myanmar ditahan di laluan balak dekat sempadan Malaysia-Thailand dalam daerah Padang Terap petang semalam.

KUALA NERANG – Cubaan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyeludup masuk ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand dekat sini gagal apabila mereka ditahan anggota tentera dalam Ops Benteng pada semalam.

Kesemua PATI termasuk empat wanita berusia antara 17 hingga 39 tahun itu ditahan di laluan balak kira-kira pukul 1.25 tengah hari.

Markas Divisyen Kedua Infantri (2 Divisyen) dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, kejadian berlaku di laluan balak sektor Ops Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri.

Katanya, sub unit yang melakukan rondaan di kawasan itu bertembung dengan tujuh individu terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita yang berjalan di laluan denai bukit.

“Kumpulan ronda kemudian bertindak menahan tujuh individu berkenaan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki kad pengenalan Malaysia dan disyaki PATI,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua PATI terbabit seterusnya dibawa ke Kem Sahara untuk siasatan awal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI