fbpx

Warga emas cedera parah nahas lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan empat buah kereta.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan di susur keluar Hospital Sungai Buloh.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 3.58 petang dan tiba di lokasi kira-kira pukul 4.14 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan melibatkan treler melanggar empat buah kenderaan iaitu Perodua Axia, Toyota Vios, Nissan Grand Livina dan Toyota Avanza,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Norazam, terdapat dua orang mangsa wanita berusia 60 tahun yang cedera parah manakala seorang lagi mangsa berusia 21 tahun cedera ringan.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

“Sementara pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami kecederaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI