fbpx

Tim hoki Perak terima durian runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua kiri) menyerahkan cek RM100,000 kepada Sayuti di Ipoh hari ini.

IPOH – Habuan bakal menanti setiap pemain hoki Perak dan pegawai apabila menerima RM2,000 seorang berikutan kejayaan menjulang Piala Tun Abdul Razak 2021 baru-baru ini.

Sebelum ini mereka telah menerima RM350 semasa kejohanan berlangsung bulan lepas.

Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Mohd. Sayuti Abdul Samat berkata, jumlah itu sudah dipersetujui dalam mesyuarat eksekutif persatuan itu pada 27 November lalu.

“Saya berharap tiada yang beranggapan semua hadiah wang akan diberikan kepada pasukan.

“PHP sudah mengeluarkan belanja untuk penyediaan pasukan bagi menyertai kejohanan.

“Kita akan guna duit ini untuk menguruskan persatuan,” katanya selepas menerima cek RM100,000 dari Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini.

Kerajaan negeri menghadiahkan RM100,000 kepada PHP berikutan kejayaan menjulang nama Perak dalam sukan selepas muncul juara dua tahun berturut-turut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI