fbpx

Pemancing mati lemas bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM mengangkat mayat pemancing yang lemas, Muhamad Ridhwan hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pemancing mati lemas manakala lima rakannya terselamat selepas bot dinaiki mereka terbalik di kedudukan 5.5 batu nautika barat daya Jeti Tanjung Dawai dalam daerah Kuala Muda, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik bot tersebut kira-kira pukul 11.15 pagi ini.

Katanya, susulan itu Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat bot dinaiki semua mangsa terlibat pada pukul 11.35 pagi.

“Bot Perkasa 1221 APMM Negeri Pulau Pinang dan bot Perkasa 1226 Zon Maritim Kuala Kedah diatur gerak ke lokasi kejadian dan menemui bot berkenaan dalam keadaan terbalik pada pukul 12.20 tengah hari.

“Semua mangsa ditemui memakai jaket keselamatan termasuk mangsa lemas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang lemas ialah  Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38 manakala lima mangsa yang terselamat ialah tekong bot, Che Roslan Hashim, 49, bersama empat kru, Mohd. Firdaus Zainal Abidin, 36; Engku Mohamad Farizam Fadilah, 19; Zulkifli Ahmad, 45, dan Hafizul Ajis Samsudin, 31. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI