fbpx

Aksi porno, punca Sunny Leone dianaktirikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNNY LEONE

PELAKON seksi Bollywood, Sunny Leone meluahkan kekesalan dan sedih apabila tiada seorang pun wartawan mahu bertemu dan mewawancara dirinya disebabkan status ‘hitam’ yang pernah dipegang sebelum ini.

Seperti diketahui ramai, sebelum terjun dalam dunia perfileman Bollywood, Sunny pernah bergelar pelakon filem dewasa (porno). Beberapa tahun menjadi pelakon filem lucah, Sunny kemudiannya meninggalkan dunia tersebut.

Dalam satu wawancara, Sunny berkata bahawa para wartawan mengelak daripada bercakap dengannya kerana menganggap dirinya ‘pelik’ dan ‘eksotik’.

“Wartawan enggan bercakap dan menjauhkan diri daripada saya. Saya rasa terpinggir walaupun selepas bergelar seorang bintang filem Bollywood.

“Malah saya turut dilemparkan dengan komen-komen buruk kerana masa silam,” ujarnya.

Selepas meninggalkan bidang filem porno, Sunny telah menyertai sebuah program realiti, Bigg Boss 5.

Tidak lama selepas itu, dia membuat kemunculan sulung menerusi filem Jism 2 dan diikuti dengan beberapa buah filem lain seperti Ragini MMS 2, Ek Paheli Leela, Mastizaade dan One Night Stand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI