fbpx

Peniaga dikesan jual tauhu mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (tengah) bersama Muhamad Zikril (kanan) dan Azmizam (kiri) ketika meninjau pelaksanaan SHMKM di Pasar Awam Pelabuhan Klang, hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Tindakan seorang peniaga dipercayai menjual tauhu dengan harga tidak munasabah di sebuah premis di Sepang mengundang padah apabila dikenakan tindakan, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pengesanan itu dilakukan hasil aduan dan pemantauan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sepang.

Katanya, semakan awal mendapati peniaga itu turut gagal mengemukakan dokumen urus niaga belian sayur berkenaan daripada pembekal.

“Justeru, KPDNHEP mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Peniaga itu diarah hadir ke Pejabat KPDNHEP Sepang untuk mengemukakan maklumat lanjut,” katanya ketika meninjau pelaksanaan SHMKM di Pasar Awam Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah KPDNHEP negeri, Muhamad Zikril Azan Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Jelas Mohd. Zawawi, kesalahan berkaitan tauhu yang bukan barang kawalan di bawah SHMKM itu masih dalam proses siasatan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan hasil pemeriksaan terhadap 652 premis sepanjang tujuh hari pelaksanaan SHMKM di negeri ini bermula 7 Disember lalu mendapati peniaga memberi kerjasama dan berada pada pematuhan yang baik. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI