fbpx

Ops Lumpur pantau pemaju perumahan, elak banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Veerapan (tengah) ketika melawat dan membuat pemeriksaan kawalan hakisan dan kelodak menerusi Ops Lumpur.

SEREMBAN – Semua pemaju perumahan di Negeri Sembilan perlu mematuhi Pelan Kawalan Hakisan Tanah dan Sedimen (ESCP) yang diluluskan bagi mengelak kejadian banjir lumpur dan pencemaran sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S.Veerapan berkata, pihaknya menerusi jawatankuasa dan pasukan petugas ‘Ops Lumpur’ akan menjalankan pemantauan terhadap setiap kerja-kerja tanah yang sedang dijalankan oleh pihak pemaju.

Veerapan berkata, Ops Lumpur tersebut turut membantu kerajaan negeri dalam usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar dan mengawal kualiti air sungai.

“Saya bersama pasukan petugas Ops Lumpur termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Badan Kawal Selia Air (BKSA) dan Jabatan Kerja Raya menjalankan pemantauan kerja-kerja tanah yang sedang dijalankan oleh pihak pemaju di tapak projek.

“Pemaju perlu mematuhi sepenuhnya ESCP yang telah diluluskan. Segala komponen-komponen ESCP yang telah dibina oleh pemaju hendaklah diselenggara secara berkala bagi memastikan komponen ESCP tersebut berfungsi dengan baik dan tidak berlaku banjir lumpur,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI