fbpx
OLIVIA WILDE mini berkasih dengan Harry Styles.

Olivia Wilde lebih bahagia dengan Harry Styles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON Olivia Wilde akhirnya bersikap terbuka tentang hubungannya dengan penyanyi Harry Styles.

Memetik laporan Daily Mail, Wilde mengakui berasa lebih bahagia ketika bercinta dengan Styles berbanding dengan bekas tunangnya, Jason Sudeikis.

“Saya berasa lebih gembira dan bahagia apabila bersama dengan Styles. Selepas menjalinkan hubungan cinta dengannya (Styles), saya tidak perlu lagi memikirkan tentang orang lain,” dedah Wilde.

Difahamkan pelakon berusia 39 tahun itu mula berkenalan dengan Styles ketika kedua-duanya menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang kenalan mereka pada Januari lalu.

Beberapa bulan kemudian, kedua-dua pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama-sama di Santa Barbara, California, Amerika Syarikat.

Wilde sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan Sudeikis yang juga merupakan seorang pelakon selepas menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun.

POPULAR