fbpx

Suami ‘kantoi’ curang selepas isteri terima surat saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat saman yang dikirim ke alamat rumah itu mempunyai gambar seorang wanita sedang memandu kereta BMW milik syarikat yang digunakan suaminya. - Flickr

DUSSELDORF, JERMAN – Gara-gara saman had laju, rahsia kecurangan seorang suami akhirnya terbongkar apabila isterinya menerima surat saman beserta gambar bukti memaparkan seorang wanita tidak dikenali sedang memandu kereta milik suaminya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wanita dari Jerman yang identitinya tidak didedahkan itu baru-baru ini menerima surat saman yang dikirim ke alamat rumahnya beserta gambar seorang wanita sedang memandu kereta BMW milik syarikat yang digunakan suaminya.

Dia bagaimanapun berasa hairan kerana berdasarkan tarikh saman, dia tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memandu kereta tersebut.

“Dalam gambar tersebut, anak guam saya melihat terdapat seorang wanita yang memandu kereta itu dan dia mula berasa gementar kerana dia tidak mempunyai lesen memandu,” kata peguam si isteri, Fatma Poyraz-Devrim.

Selepas diselidik, suami wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa wanita dalam gambar tersebut adalah teman wanitanya.

Wanita itu bagaimanapun tidak dapat hadir ke mahkamah kerana telah ‘lesap’ ke luar negara, bersama-sama dengan kereta BMW tersebut.

Isterinya yang sepatutnya dibicarakan atas kes kesalahan memandu melebihi had laju tersebut akhirnya dibebaskan oleh hakim selepas dia didapati bukan individu yang memandu kereta itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI