fbpx

Peniaga bundle rugi RM10,000, kedai dipecah masuk pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedai bundle milik Tengku Ahmad Fahmi di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu berselerak selepas dimasuki pencuri Rabu lalu. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang peniaga pakaian terpakai atau bundle mengalami kerugian hampir RM10,000 selepas kedainya di Jalan Sri Cemerlang di sini dipecah masuk pencuri dalam kejadian pada Rabu lalu.

Tengku Ahmad Fahmi Tengku Haris, 39, menyedari baju-baju bundle miliknya hilang selain keadaan kedai berselerak semasa membuka premis kira-kira pukul 12 tengah hari keesokan harinya.

Menurutnya, dia melihat kebanyakan barangan jualannya malah yang masih di dalam tongkol telah dikebas oleh suspek yang memecah masuk premisnya.

“Saya terus naik ke tingkat atas kedai sebelum mendapati bahagian siling telah pecah dan berlubang.

“Melihat kepada keadaan itu, saya syak pencuri telah memanjat bahagian siling premis bersebelahan yang kosong untuk memecah masuk kedai bundle ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Tengku Ahmad Fahmi memberitahu, kecurian itu merupakan kejadian kali pertama berlaku kepadanya sejak membuka kedai bundle di kawasan itu hampir dua tahun lalu.

Ujarnya, premis tersebut pernah dua kali cuba dipecah masuk oleh pencuri melalui pintu utama sebelum ini, namun percubaan itu gagal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana terlibat kes pecah rumah dan polis sedang mengenal pasti suspek dalam kes itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI