Suspek memandu sebuah limousin sehingga melanggar dan melepasi pagar di kawasan parkir pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran. - Bizutesfaye

Lelaki ancam rampas pesawat untuk lihat makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARADISE, NEVADA – Seorang lelaki ditahan polis Nevada selepas membuat ancaman untuk merampas sebuah pesawat bagi membolehkannya terbang ke kawasan Area 51 bagi menyiasat mengenai makhluk asing, lapor akhbar Daily Star semalam.

Area 51 merupakan sebuah pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang terletak di sebuah gurun di Nevada, yang digunakan sebagai lokasi latihan terbuka.

Bagaimanapun, para pengkaji dan peminat makhluk asing dilaporkan menjadi obses dengan teori-teori konspirasi yang mendakwa bahwa Area 51 menjadi kawasan di mana kerajaan AS menyimpan dan menyembunyikan bangkai-bangkai serta pesawat-pesawat makhluk asing.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, seorang lelaki memandu sebuah limousin sehingga melanggar dan melepasi pagar di kawasan parkir pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran.

Menurut Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, suspek kemudiannya membuat ancaman bom sebelum para petugas lapangan terbang berlari menyelamatkan diri dan mula mengosongkan bangunan.

Sejurus polis tiba, mereka menahan suspek yang memberitahu bahawa dia mahu merampas sebuah pesawat untuk terbang ke Area 51 bagi melihat sendiri makhluk asing.

Suspek turut mengaku bahawa dia mempunyai bahan petrol dan sepucuk senapang patah di dalam keretanya.

Beberapa saksi berkata, suspek memakai topeng badut dan memberitahu bahawa dia mempunyai bom dan akan meletupkan lokasi itu.

Dia ditahan atas kesalahan menceroboh, menggunakan bahan-bahan palsu dan mengancam melakukan tindakan keganasan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN