fbpx

Fify Azmi, Nafiez Zaidi menyulam cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFY AZMI yang memenangi trofi Pelakon Hafapan Wanita sempena Festival Filem Malaysia ke-31 kini dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Nafiez Zaidi.

BUKAN main lagi pelakon Fify Azmi dengan Nafiez Zaidi berbalas-balas cinta dekat dalam Instagram. Kedua-dua pelakon itu pun ada memuat naik foto yang sama dalam Instagram masing-masing.

Diam-diam, rupa-rupanya dah jadi pasangan kekasih ke? Ramai juga rakan-rakan selebriti menebak bahawa kedua-dua mereka hangat dilamun cinta.

Ada juga yang mengusik mungkin akan naik pelamin sebab Fify dan Nafiez kelihatan sangat mesra. Malah mereka juga saling berbalas simbol hati, agaknya sebagai tanda mencintai antara satu sama lain.

Diva pun tumpang gembira kalau betullah kedua-dua mereka kini sedang dilamun asmara. Pasangan sama cantik, sama padan. Fify pun semakin berjaya sekarang, baru sahaja menang trofi Pelakon Harapan Wanita dalam FFM31 Jumaat lalu. Tahniah!

Semoga Fify dan Nafiez saling menyayangi dan bahagian sehingga ke jenjang pelamin!

DIVA: Khabarnya penyanyi dan pengacara Ifa Raziah hilang berat badan sehingga tujuh kilogram. Semakin langsing dia sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI