fbpx

MBI akan siasat individu terjun Tasik Cermin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki didakwa terjun ke Tasik Cermin Ipoh yang menajdi tular di TikTok.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Siasatan akan dijalankan oleh pihak pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhubung satu video tular seorang lelaki terjun ke dalam sebuah tasik, dekat Tasik Cermin, di sini, semalam.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya akan menyiasat individu yang terlibat di dalam video tersebut.

“Setakat ini, identiti individu tersebut masih dalam siasatan dan pihak MBI akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.

“Untuk makluman kawasan Tasik Cermin ini di bawah pengurusan Geopark Kinta yang tidak boleh sewenang-wenangnya diceroboh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pembukaan cawangan baharu Chang Jiang White Coffee di Kompleks Bangunan Persisiran Sungai Kinta, Jalan Sultan Iskandar di sini hari ini.

Difahamkan, pihak MBI akan melantik sebuah pasukan bagi memantau dan menguatkan penguatkuasaan di tasik berkenaan.

Semalam, video berdurasi 15 saat itu tular dalam aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki itu kerana perbuatannya itu boleh menyebabkan kawasan rekreasi itu ditutup kepada pengunjung.

Terbaharu, pemilik akaun TikTok yang menularkan video tersebut mendakwa bahawa lelaki yang terjun ke dalam tasik itu bukan warganegara Malaysia.

Terdahulu, pada Mac 2020 media melaporkan, Tasik Cermin ditutup kepada pengunjung atas faktor keselamatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI