fbpx

Saintis Jepun cipta pelitup muka kesan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lampu LED daripada telefon pintar juga boleh digunakan sebagai sumber cahaya. - Yasuhiro Tsukamoto/KyotoPU/SWNS

TOKYO – Sekumpulan saintis dari Jepun berjaya menghasilkan pelitup muka menggunakan sel burung unta yang bersinar dalam gelap sekiranya ia mengesan virus Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Berdasarkan kajian yang dibangunkan kumpulan penyelidik dari Universiti Wilayah Kyoto itu, virus Covid-19 akan dikesan sekiranya cahaya pendarfluor dipancarkan pada pelitup muka yang dihembus nafas pesakit dalam gelap.

Lampu LED dari telefon pintar juga boleh digunakan sebagai sumber cahaya, justeru, lebih ramai individu boleh menggunakan ciptaan baharu itu.

Menurut Ketua Penyelidik, Yasuhiro Tsukamoto, sel burung unta digunakan kerana burung itu mampu menghasilkan antibodi yang berbeza untuk meneutralkan bahan asing dalam badan.

Antibodi itu diekstrak daripada telur yang didapati daripada burung unta yang telah disuntik dengan virus Covid-19 tetapi tidak aktif dan tidak memberi ancaman.

Para saintis melakukan eksperimen selama 10 hari terhadap 32 pesakit Covid-19 dan mendapati bahawa pelitup muka yang dipakai bersinar di bawah sinaran ultraviolet (UV).

“Antibodi burung unta yang diletakkan pada penapis pelitup muka akan bertindak balas mengeluarkan kepada cahaya pendarfluor apabila mengesan koronavirus daripada batuk, bersin dan air. 

“Kami juga berjaya mengesan virus itu apabila menggunakan lampu hitam ultraviolet LED dan lampu LED telefon pintar sebagai sumber cahaya. Ini menjadikannya mudah digunakan pada pelitup muka walaupun di rumah,’’ kata Tsukamoto.

Tambah penyelidik, kehadiran virus itu juga boleh dikesan ke atas seseorang yang dijangkiti koronavirus selama lapan jam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI