fbpx

Ahli Parlimen Rusia ‘kantoi’ berbogel ketika mesyuarat Zoom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maxim Petlin terlupa mematikan fungsi kamera komputer semasa menghadiri mesyuarat di aplikasi Zoom. - EAST2WEST NEWS

MOSCOW – Seorang ahli politik Rusia yang terlupa mematikan fungsi kamera pada komputer miliknya dilihat berbogel ketika ingin mandi semasa menghadiri mesyuarat menerusi aplikasi Zoom, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ahli Parlimen parti Yabloko, Maxim Petlin, 48, dalam kejadian tersebut cuba berundur secara senyap daripada taklimat tatatertib ahli parlimen yang dianggap membosankan. 

Beliau secara tiba-tiba bangun dari meja kerja lalu berbogel untuk ke bilik mandi di kediamannya di Yekaterinburg.

Kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu perhatian rakan-rakan politiknya yang sedang bermesyuarat, dakwa sebuah laporan.

Malangnya, rakaman mesyuarat itu telah tersebar ke saluran berita Mash.

Ketika ditanya oleh agensi berita Ura.Ru, Petlin malah menafikan kejadian terbabit.

“Adakah saya kelihatan berbogel? Ini amat mengarut. Saya sedang bermesyuarat hari ini. Saya tidak ingat bila saya berbogel,’’ jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI