fbpx

298 varian baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 298 kes baharu varian dikenal pasti menerusi kajian berterusan pada 19 November hingga 8 Disember lalu.

Kesemua kes varian baharu tersebut dilaporkan di Selangor (85), Perak (40), Pulau Pinang (39), Kedah (35), Sabah (34), Kelantan (26), Kuala Lumpur (9), Pahang (9), Terengganu (8), Negeri Sembilan (3), Labuan (3), Johor (3), Putrajaya (2) dan Perlis (2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah 298 kes tersebut, Institute of Medical Research (IMR) mengesan 115 kes baharu kesemuanya Variant of Concern (VOC) iaitu 108 kes varian Delta (B.1.617.2) dan enam kes varian Beta (B.1.1351).

“Faculty of Medicine-University of Malaya (FOM-UM) mengenal pasti 109 kes kesemuanya VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2) dan satu varian Omicron (B.1.1.529) serta Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) mengenal pasti 44 kes baharu kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) dengan 17 kes baharu VOC varian Delta (B.1.617.2) dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) mengenal pasti 13 kes VOC iaitu 12 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu kes varian Beta (B.1.1351),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,990 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan, 4,970 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat 4,722 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha dan satu kes varian Omicron. Bagi kes-kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” ujarnya.

Mengenai kes jangkitan Covid-19 hari ini, katanya, sebanyak 4,626 kes dilaporkan dengan 20 kes import, menjadikan jumlah terkini keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 2,688,149 kes. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI