fbpx

Tak sempat jual 85 ekor biri-biri, 8 kambing seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biri-biri dan kambing seludup yang berjaya dirampas selepas menahan sebuah lori di tepi jalan Taman Tengku Anis, Pasir Mas tengah malam tadi. FOTO IHSAN PDRM

PASIR MAS – Dua lelaki tidak sempat mengaut keuntungan jualan sebanyak 85 ekor biri-biri dan lapan ekor kambing seludup apabila mereka dicekup di tepi jalan Taman Tengku Anis, Lubok Jong di sini malam tadi.

Lelaki berusia 24 dan 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.55 tengah malam semasa mengangkut kesemua haiwan ternakan dengan menggunakan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, anggota polis melakukan rondaan di jalan Repek-Lubok Jong di sini sebelum melihat sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis yang bertugas telah mengekori sebelum berjaya menahan lori tersebut di tepi jalan Taman Tengku Anis untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan di bahagian belakang lori itu telah menemui sebanyak 85 ekor biri-biri dan lapan ekor kambing yang dianggarkan bernilai RM63,000.

“Pemandu lori itu gagal mengemukakan sebarang dokumen permit yang berkait dengan pemindahan haiwan ternakan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan penyeludupan biri-biri dan kambing dari Thailand. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI