fbpx

MARA siasat video tular pelajar dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang remaja ditumbuk di bahagian perut dalam kejadian dipercayai di sebuah asrama tular sejak semalam.

Oleh LIYANA RAMLI dan ASLIZA MUSA

IPOH – Siasatan akan dijalankan oleh pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhubung satu video tular kejadian buli di sebuah sekolah berasrama di negeri ini untuk mengenal pasti kesahihan rakaman berkenaan.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd. Dun berkata, beliau telah mengarahkan agar siasatan terperinci dibuat serta akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat.

“Saya telah melihat rakaman tular tersebut dan terkejut kerana ia merupakan budaya yang tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

“Pekara tidak sewajarnya dijadikan sebagai satu budaya kerana pelajar-pelajar ini masih di bawah umur dan masa depan mereka perlu dilindungi,” katanya yang bertegas agar perkara sedemikian tidak sewajarnya berlaku terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas melancarkan program Canggih Go dan pembukaan outlet di Ampang Baru di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau telah mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan ekoran kejadian itu didakwa berlaku di sebuah sekolah di sana.

Katanya, sebarang maklumat mengenai kes tersebut akan dimaklumkan kepada media dalam masa terdekat.

Terdahulu, empat video berdurasi kira-kira 10 saat itu tular di media sosial memaparkan seorang pelajar menumbuk seorang lagi rakannya di dalam asrama mereka. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI