Lelaki itu menunjukkan bahagian belakang bungkusan dendeng daging lembu mentah yang dimakannya. – TikTok

Lelaki termakan dendeng lembu mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Gara-gara terlalu bersemangat, seorang lelaki mengaku telah memakan separuh daripada hidangan dendeng daging lembu (daging kering dihiris nipis) yang dibelinya secara online tanpa menyedari bahawa hidangan itu masih mentah,  lapor laman berita Suara.com.

Klip video itu dikongsikan lelaki tersebut di akaun TikTok miliknya bernama @bamzjsaputra.

Lelaki itu pada awalnya menunjukkan bungkusan dendeng daging lembu yang dibukanya. 

Dia kemudiannya menunjukkan bahagian belakang bungkusan yang mengandungi cara penyediaan makanan itu.

Tetapi, lebih separuh daripada hidangan mentah itu sudah dimakan olehnya. 

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

“Ya, itulah risiko mereka yang malas membaca,” tulis seorang netizen.

“Sambung makan saja bro, dah separuh,” tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN