fbpx

41 kematian akibat Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 41 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,787 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,226 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (6), Sarawak (5), Perak (5), Johor (4), Pulau Pinang (4), Kelantan (4), Terengganu (3), Kedah (3), Sabah (3), Pahang (1), Melaka (1), Kuala Lumpur (1) dan Perlis (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI