fbpx

Usahawan muda cipta kejayaan melalui teknologi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Usahawan muda tempatan berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan kreativiti sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi tempatan yang semakin mencabar ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau mengagumi keupayaan usahawan muda tempatan yang menggunapakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, sudah mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kemunculan usahawan yang berjaya ini sekali gus mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.

“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021 di sini hari ini.

Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.

Katanya, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang di peringkat antarabangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI