fbpx

Star Medik lancar kilang pengeluar pati serai terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Khairil (kanan) menerangkan rancangan kilang pati serai kepada Tajuddin (tengah) sambil disaksikan Johari di Nilai Impian, semalam.

SEREMBAN – Kumpulan Star Medik melancarkan kilang pengeluaran pati serai melalui anak syarikatnya, Tropical Bioessence Sdn. Bhd. (TBE) di Nilai Impian, di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Tajuddin Abdul Latif, kilang itu mampu memproses sebanyak 75 tan daun serai sehari dan dijangka merupakan fasiliti pengeluar pati serai yang terbesar di dunia.

Katanya, selaras dengan program pemulihan ekonomi pasca Covid-19, kilang itu akan menjadi pemangkin kepada pekebun kecil tempatan untuk menambah pendapatan, khususnya melibatkan tanaman serai.

“Kilang ini bakal membantu komuniti desa untuk menjana pendapatan, terutamanya dari negeri berdekatan seperti Melaka, Johor dan Selangor, selain Negeri Sembilan.

“Pihak syarikat akan berkerjasama dengan komuniti setempat bagi menjayakan tujuan ini dan pada masa sama, mendapatkan bekalan bahan mentah yang mencukupi, “ katanya pada majlis pra-pelancaran kilang berkenaan.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan, Johari Abu Kasim.

Tajuddin menambah, ekstrak minyak pati serai yang bakal dihasilkan akan digunakan sebagai bahan aktif dalam beberapa industri utama global seperti kosmetik, minyak wangi, farmaseutikal dan makanan.

Jelasnya, pekebun kecil yang berminat untuk membekalkan serai boleh menghubungi Pengarah Urusan TBE, Mohd. Khairil Said di talian 019-353 7694. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI