fbpx

Kilang kayu, besi jadi ‘port’ proses arak tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dimin (kanan) menunjukkan arak tiruan yang dirampas dalam operasi di Bukit Treh, dekat sini semalam.

MUAR – Sebuah sindiket dikesan menjadikan kilang kayu dan besi serta sebuah gudang bagi menjalankan aktiviti memproses arak tiruan sejak tiga tahun lalu.

Taktik itu bagaimanapun terbongkar setelah dapat dihidu sepasukan pegawai dan anggota Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, PGA Simpang Renggam, Superintenden Dimin Awang berkata, pihaknya melakukan serbuan di tiga lokasi berasingan dan merampas arak bernilai RM2.44 juta di sekitar daerah ini semalam.

Beliau berkata, serbuan pertama dilakukan pada pukul 11 pagi di sebuah premis di Bukit Treh, di sini berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 29 tahun.

“Hasil serbuan, polis berjaya merampas empat buah tong dan 500 buah kotak arak pelbagai jenama.

“Selain itu, beberapa alatan memproses arak seperti dua buah mesin penutup botol dan dua buah set pam elektrik turut dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dimin, hasil siasatan ke atas suspek telah membawa kepada serbuan di dua lokasi dengan dipandu arah oleh suspek di alamat Parit Kadir, Bukit Pasir dan Parit Jamil, Parit Jawa di sini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI