fbpx

Pusat Latihan Kebangsaan di Putrajaya dibina pada tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

PETALING JAYA – Kerajaan akan memulakan pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan bagi pasukan bola sepak kebangsaan di Putrajaya pada tahun hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerja-kerja awal pembinaan itu merangkumi kerja ukur dan kajian.

“Kementerian Belia dan Sukan, sememangnya mempunyai perancangan dengan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Putrajaya untuk membina sebuah Pusat Latihan Kebangsaan bagi kegunaan pasukan bola sepak kebangsaan di Putrajaya.

“Kerja-kerja awal pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan ini yang merangkumi kerja ukur dan kajian tanah akan bermula pada tahun hadapan,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan Senator, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya yang ingin mengetahui bilakah kementerian akan memulakan kerja-kerja pembinaan pusat latihan bagi kegunaan pasukan bola sepak kebangsaan di Putrajaya memandangkan sudah dirancang sejak dua tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI