fbpx

Harga RON97 turun 3 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.02 kepada RM2.99 seliter bermula esok sehingga 15 Disember ini.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit itu bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global biarpun harga pasaran sebenar kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI