fbpx

Everton mempunyai karakter hebat – Benitez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRAY (depan) muncul wira Everton apabila meledak gol kemenangan 2-1 ke atas Arsenal pada lewat permainan aksi EPL awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Rafael Benitez melabel kejayaan menundukkan Arsenal 2-1 di Goodison Park awal pagi semalam sebagai malam gemilang buat pasukannya apabila berjaya mengakhiri kemarau kemena­ngan.

Kemenangan itu memastikan tiga mata pertama diraih The Toffees daripada lapan perlawanan terakhir mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Saya fikir kami dapat melihat karakter pasukan buat kali pertama sepanjang musim ini terutama dari segi reaksi pasukan dan penyokong. Akhirnya, semua orang gembira dapat menamatkan perjalanan buruk ini.

“Saya sangat gembira selepas terlalu lama tidak memenangi perlawanan. Apa yang saya boleh katakan adalah prestasi yang ditunjukkan pemain malam ini (awal pagi semalam) cukup sempurna,” kata Benitez.

Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Martin Odegaard sebelum Everton bangkit memenangi perlawanan menerusi gol Richarlison dan Demarai Gray.

Everton juga tidak bernasib baik dalam perlawanan itu apabila dua jaringan Richarlison dibatalkan oleh pengadil selepas pemain pertahanan, Ben Godfrey sekadar menerima kad kuning walaupun didakwa memijak muka bek kanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu.

Bagaimanapun, perlawanan itu turut menyaksikan protes daripada penyokong Everton yang meninggalkan tempat duduk pada minit ke-27 sebagai simbolik kepada kegagalan kelab meraih sebarang trofi dalam tempoh 27 tahun.

“Kekecewaan peminat dalam beberapa perlawanan sebelum ini menunjukkan yang mereka mahukan pasukan ini menang,” jelas Benitez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI