fbpx

Bank Rakyat terima anugerah syarikat terbaik tahunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIZAM (tengah) menerima anugerah daripada Seng Chee (kanan) dan juga Rajendran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bank Rakyat berjaya merangkul anugerah kategori Syarikat Terbaik Tahunan bagi Kecemerlangan dalam Pemerkasaan Sosial pada Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2021.

Anugerah tersebut telah di­sampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran dan Editor Urusan CSR Malaysia, Lee Seng Chee kepada Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Syed Abdul Aziz menghargai pengiktirafan daripada CSR Malaysia 2021 yang melihat hasil positif Bank Rakyat terhadap pelaksanaan inisiatif jangkauan komuniti seperti program Nuri Nutrisi yang dilancarkan sejak tahun 2019.

“Program ini bertujuan untuk mencorakkan kehidupan les­tari masyarakat menerusi pelbagai inisiatif untuk meningkatkan status nutrisi pelajar B40,” katanya dalam kenyataan.

Syed Abdul Aziz menjelaskan, sepanjang tempoh hampir tiga tahun pelaksanaan program Nuri Nutrisi, sebanyak 60 sekolah, 15 universiti dan 20,000 penerima telah mendapat manfaat.

Selain itu, Kebun Nuri Nutrisi pula adalah program di bawah program Nuri Nutrisi ini memberi peluang kepada pelajar dan sekolah menguruskan tanaman sayur-sayuran serta buah-buahan yang hasilnya dapat dituai untuk dijual dan dijadikan sumber makanan bernutrisi secara berterusan oleh pelajar B40.

Dalam pada itu, Syed Abdul Aziz menjelaskan, Bank Rakyat turut membantu usahawan yang memerlukan sokongan dan bantuan melalui program RAKYATpreneur dan Program Rintis UNIpreneur.

“Menerusi RAKYATpreneur, 200 usahawan dibantu melalui penyediaan dana perniagaan termasuk modul latihan dan bim­bingan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI