fbpx

Skuad Musaa’dah Keluarga Malaysia digerakkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris melepaskan konvoi Skuad Musaa'dah Keluarga Malaysia di hadapan Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Skuad Musaa’dah Keluarga Malaysia yang disertai 14 buah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mula digerakkan bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, skuad berkenaan digerakkan bagi menyantuni asnaf dan keluarga yang memerlukan khususnya di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, pasukan itu disertai 100 orang sukarelawan terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kita akan mulakan dengan tiga lokasi terlebih dahulu iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara.

“Skuad ini akan mengagihkan bantuan berupa bakul makanan, wang tunai dan barangan keperluan dengan menggunakan 11 buah kenderaan pacuan empat roda dan enam buah motosikal,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran dan Pelepasan Skuad Musaa’dah Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, skuad ini berperanan untuk membantu dan menyantuni semua golongan yang terkesan dan terjejas akibat pandemik Covid-19 tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI