fbpx

PKNS lancar projek Rafflesia 2 di Bernam Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmud ketika melancarkan projek Rafflesia 2.

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan projek terbaharu iaitu pembinaan 87 unit rumah teres dua tingkat dikenali Rafflesia 2 di bandar Bernam Jaya, Selangor dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM37 juta.

Rafflesia 2 terletak di lokasi yang strategik kerana dihubungkan melalui dua jalan utama iaitu Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh serta Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan awam seperti masjid, sekolah, universiti dan balai polis.

Di samping itu, tempat tersebut juga sesuai bagi mereka yang mengimpikan kawasan perumahan tenang selain dikelilingi pemandangan alam hijau dengan suasana persekitaran yang mendamaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, beliau yakin projek ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan kedudukannya yang terletak di lokasi strategik selain memiliki pakej jualan yang menarik.

“Bakal pembeli akan menikmati yuran guaman dan duti setem MOT secara percuma selain diskaun 10 peratus bagi pembelian projek PKNS pertama dan tambahan dua peratus lagi untuk pembeli sedia ada.

“Saya yakin Rafflesia 2 berupaya menonjolkan kemampuan PKNS dalam memberikan peluang kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman yang menarik dengan kualiti binaan yang baik”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sempena dengan pelancaran Rafflesia 2, PKNS akan mengadakan cabutan bertuah bagi 24 pemenang dengan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM80,000 termasuk hadiah utama berupa wang tunai RM20,000.

PKNS turut menawarkan Program Rujukan kepada 10 pembeli pertama di mana mereka akan menerima insentif RM1,000 bagi setiap pelanggan yang dibawa oleh mereka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN