fbpx

Pengambilan pil Viagra kurangkan risiko penyakit nyanyuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil Viagra mengurangkan kadar protein toksik yang boleh mencetuskan masalah nyanyuk. – Getty

CLEVELAND, OHIO – Satu kajian mendapati bahawa pengambilan pil perangsang Viagra secara kerap dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak dua pertiga, lapor akhbar The Sun semalam.

Sekumpulan pakar melakukan kajian ke atas 7.2 juta penduduk dewasa Amerika Syarikat dan mendapati bahawa pengguna tetap pil tersebut adalah 69 peratus kurang berisiko mendapat penyakit Alzheimer dalam tempoh enam tahun akan datang.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Aging itu mencadangkan bahawa pil Viagra boleh membantu meningkatkan kesihatan otak serta mengurangkan protein toksik yang boleh menyebabkan masalah nyanyuk.

Susulan hasil kajian tersebut, pasukan penyelidik kini merancang untuk menjalankan kajian baharu bagi mengkaji manfaat sildenafil terhadap pesakit Alzheimer peringkat permulaan. Sildenafil merupakan sejenis pil versi generik bagi Viagra. 

“Sildenafil  yang telah terbukti meningkatkan kognisi dan ingatan dengan ketara dalam model praklinikal adalah ‘calon’ ubat terbaik bagi merawat penyakit tersebut,” kata ketua penyelidik dari Institut Perubatan Genomik Klinik Cleveland, Dr. Feixiong Cheng.

Sementara itu, seorang pakar Alzheimer Britain, Dr. Susan Kohlhaas memberi peringatan mengenai hasil kajian tersebut dengan menyatakan bahawa lebih banyak penyelidikan terperinci perlu dilakukan.

“Sildenafil dikenali sebagai sejenis rawatan bagi mengubati masalah mati pucuk selain turut digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dalam paru-paru.

“Eksperimen peringkat awal seperti ini memerlukan lebih banyak kajian susulan,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI