fbpx
Panggilan telefon tersebut menjadi janggal dan dianggap tidak seharusnya dilakukan. – TikTok

Lelaki berani hubungi bekas kekasih di hadapan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia dikecam netizen kerana menelefon bekas teman wanita di hadapan isterinya tanpa sebarang alasan munasabah sehingga mencetuskan situasi yang janggal, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan sebuah video yang tular di TikTok, lelaki tersebut memberitahu, dia sengaja menghubungi bekas kekasihnya di hadapan isterinya semata-mata ingin bertanya khabar.

Sambil membuka fungsi pembesar suara, lelaki tersebut bercakap dengan bekas teman wanitanya menerusi aplikasi WhatsApp sambil didengari isterinya.

Dia bertanya sama ada bekas teman wanitanya itu sudah berkahwin atau belum.

Wanita tersebut kemudiannya menjawab bahawa dia baru sahaja berpisah dengan kekasihnya kerana hubungan cinta mereka tidak direstui.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan memberikan telefon bimbit kepada isterinya agar kedua-dua wanita itu dapat berbual.

“Terima kasih kerana menjaga jodoh saya,” kata isterinya.

“Sama-sama, kak. Semoga terus berkekalan bersama Banun,” jawab wanita tersebut di hujung telefon.

Isterinya kemudian mendoakan agar teman wanitanya cepat bertemu jodoh sebelum menamatkan perbualan.

Video tersebut menjadi tular dengan menerima kecaman daripada netizen yang berpendapat bahawa panggilan itu tidak sesuai dibuat.

“Tahu tak apa perasaannya jika kamu berada di tempat bekas kekasih kamu?” kata seorang pengguna.

“Menghubungi hanya sekadar untuk menyakitkan perasaan orang,” komen seorang lagi. – Agensi 

POPULAR