fbpx

KPKT sasar perlepasan gas rumah hijau 45 peratus menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail ketika berucap pada sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau atau Green House Gases (GHG) rentas ekonomi sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, bagi merealisaikan sasaran itu, pelbagai usaha di peringkat makro dan mikro perlu digemblengkan termasuklah melaksanakan transformasi bandar ke arah pembangunan rendah karbon.

Selain itu katanya, usaha itu juga khusus untuk mencapai sasaran sifar sisa yang dihantar ke tempat pelupusan sampah melalui konsep sisa kepada tenaga dan kadar kitar semula kepada 40 peratus pada tahun 2025.

“Sasaran ini adalah amat tinggi, memandangkan ia adalah peningkatan sebanyak 10 peratus daripada sasaran pengurangan sebelum ini dan merangkumi tujuh jenis GHG.

“Pelbagai usaha seperti mengasingkan sisa untuk dikitar semula, mengurangkan pembaziran tenaga menerusi penggunaan peralatan cekap tenaga, menggunakan pengangkutan awam, kenderaan hibrid/elektrik, berkongsi kenderaan atau berbasikal perlu dipergiatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, aktiviti penghijauan bumi seperti penanaman pokok dan kebun komuniti juga dilihat dapat membantu alam untuk menyerap lebih banyak karbon serta menjadikan udara persekitaran lebih bersih.

“Kita juga perlu berani dalam melaksanakan inisiatif baharu dan kompleks seperti integrasi teknologi rendah karbon dalam pembinaan infrasktrutur dan bangunan.

“Antaranya penggunaan sumber tenaga alternatif seperti solar, hidro angin serta mengurangkan kebergantungan kepada industri berasaskan tenaga iaitu gas, minyak dan arang batu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPKT terus memfokuskan agenda “Liveable Malaysia” atau Malaysia Berdaya Huni melalui penerapan kesedaran secara berterusan tentang kepentingan dalam menangani perubahan iklim.

“Pelaksanaan inisiatif ini juga akan memastikan bumi serta keindahan alam semula jadi kita akan kekal dinikmati oleh generasi seterusnya,” katanya-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI