fbpx

Jual Perodua Myvi demi rawatan kanser abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Faizah bersama suaminya, Mohd. Faizan yang disahkan menghidap kanser perut di Kampung Lampam, Pokok Sena baru-baru ini.

ALOR SETAR – Seorang peniaga barangan kosmetik terpaksa menjual kereta jenis Perodua Myvi miliknya untuk menanggung kos rawatan abang sulungnya yang disahkan menghidap kanser perut tahap empat.

Menurut Farah Adila Mohd. Nor, 29, abangnya, Mohd. Faizan, 40, disahkan menghidap penya­kit itu selepas mendapatkan ra­watan di sebuah pusat perubatan swasta pada bulan lalu.

Katanya, abangnya sebelum ini tinggal bersama isteri dan empat anak di Perlis dan menyara keluarga dengan berniaga air di tepi jalan.

“Abang kemudian jatuh sakit dan keadaannya semakin teruk sejak dua bulan lalu sebelum membuat keputusan untuk pulang ke kampung.

“Sehingga pertengahan bulan lalu, abang beritahu dia rasa terlalu sakit dan kami membawa­nya ke hospital swasta sebelum keputusan mengesahkan abang menghidap kanser perut tahap empat,” katanya ketika ditemui di Kampung Lampam, Pokok Sena dekat sini baru-baru ini.

Farah berkata, situasi itu menyebabkan dia perlu memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos rawatan abangnya itu.

“Saya ambil keputusan jual kereta Myvi iaitu kereta pertama saya pada harga RM11,000 untuk menampung kos rawatan abang di hospital ketika itu.

“Bagaimanapun, kami dimaklumkan kos lain seperti kemoterapi, radioterapi, ubat dan kos perjalanan diperlukan memandangkan abang perlu ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan,” katanya.

Tambahnya, dia perlu memikul tanggungjawab berikutan adik-beradiknya yang lain hanya bekerja kampung selain ibu bapa mereka yang berusia 59 dan 60 tahun tidak bekerja.

Sementara itu, isteri Mohd. Faizan, Nur Faizah Ismail, 30, berkata, dia juga tidak berdaya untuk berbuat apa-apa berikutan sumber kewangan mereka hanya bergantung kepada berniaga.

“Saya bersyukur atas kesudian adik ipar untuk membantu ke­luarga kami,” luahnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Farah Adila di talian 013-405 0551.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI