fbpx

Hans Isaac bersara sebagai pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANS ISAAC

PETALING JAYA – Selebriti versatil Datuk Hans Isaac mengumumkan mengundurkan diri daripada dunia lakonan selepas 25 tahun bergelar seorang aktor dalam industri seni tanah air.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 50, menganggap sudah tiba masa untuk dirinya bersara dalam bidang lakonan seterusnya memberi tumpuan terhadap cabang lain dalam bidang seni.

“Semua perkara baik akan ada pengakhiran. Semuanya bermula apabila Datin Paduka Shuhaimi Baba memberi peluang kepada saya melakonkan watak dalam filem Ringgit Kasorrga pada tahun 1994.

“30 daripadanya filem cereka, sejumlah besar drama dan rancangan TV kemudiannya, diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar dan memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Buli Balik bersama Afdlin Shauki untuk dilakonkan di Filipina (Miss You Like Crazy) ke filem Singapore City Sharks.

“Kini sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Dedahnya yang pernah popular menerusi drama Sephia, pada peringkat awal, bidang lakonan bukan perkara yang diminatinya tetapi dia tetap berusaha belajar dan mencintai apa yang dilakukan.

“Berlakon bukan perkara yang diminati tetapi saya belajar untuk mencintai dan menikmati proses tersebut serta bertuah kerana dapat bekerjasama dengan mereka yang terbaik dalam industri.

“Bagi mereka yang amat mengenali saya, mereka pasti akan beritahu bahawa saya bukan jenis yang duduk dan tidak melakukan apa-apa. Selalunya saya bertanya kepada diri sendiri apa dan siapa Hans yang seterusnya.

“Apabila saya sudah mencapai satu matlamat, bagaimana saya boleh menambah baik dan pada masa yang sama memberi peluang kepada orang lain di sekeliling saya?” katanya lagi.

Meskipun mengambil keputusan untuk bersara, Hans memberitahu dia akan tetap memberi sokongan selain menabur bakti terhadap bidang yang dicintainya.

“Saya akan terus menyokong industri seperti biasa. Terdapat sisi pawagam, pengurusan dan mungkin juga pergi ke pentas bersama Awie dan Afdlin dari semasa ke semasa untuk ketawa, beriadah dan berseronok.

“Harapan saya adalah untuk mengarahkan sebuah lagi pementasan teater muzikal di Istana Budaya dan akan terus meluangkan masa untuk membina empayar saya.

“Jika tidak ada orang yang percaya terhadap saya sebelum ini, maka tiadalah Hans seorang si pelakon. Dengan itu, terima kasih kepada semua yang pernah terlibat kerana memberi saya antara kenangan terbaik dalam hidup,” ujarnya.

Untuk rekod, Hans mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada pertengahan tahun 1990-an.

Antara filem popular lakonannya seperti Baik Punya Cilok, Laila Isabella dan Buli. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI