fbpx
Ebit bersama ketua penduduk di kawasan tersebut.

Gengster Brazil suka janggut Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal Ebit Lew diberi layanan mesra semasa menziarah dan membantu satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paulo, Brazil baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, dia terkejut dengan layanan baik yang diterimanya seolah-olah sudah lama kenal.

“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ, terasa macam dah lama kenal.

“Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka,” tulisnya di Facebook hari ini.

Jelasnya, penduduk di situ hidup susah malah ada yang terpaksa duduk di dalam khemah.

“Mereka hidup susah, anak-anak tidak bersekolah, sebelum ini duduk di dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia memberitahu, ketua penduduk di situ sangat mesra walau dilihat seperti mafia.

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia, katanya 25 jam tuan terbang untuk bantu kami.

“Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut,” katanya.

Tambahnya, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

“Terima kasih kerana datang beri bantuan kepada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan.

“Semoga hidup mereka dipermudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR