fbpx

Warga emas dihalau, enggan letak selendang suci di lantai pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roberto dan Elana Birman menggelar kejadian itu sebagai ‘menghinakan’. - Helayne Seidman

MIAMI, FLORIDA – Sepasang suami isteri warga emas dari Brooklyn dihalau daripada penerbangan American Airlines kerana enggan meletakkan beg mengandungi selendang suci mereka di atas lantai, lapor akhbar New York Post semalam.

Roberto Birman, 76, dan Elana Birman, 71 sedang dalam perjalanan pulang dari Miami dengan menaiki Penerbangan 322 pada Ogos lepas apabila insiden ‘memalukan’ itu berlaku, kata  mereka kepada New York Post.

Ketika itu, mereka hanya membawa beg bimbit, dompet dan bet tallit iaitu sejenis beg plastik berisi buku doa dan selendang Roberto ke dalam pesawat.

Ketika duduk di kerusi bertentangan antara satu sama lain, seorang pramugari memeriksa ruang penyimpanan bagasi di atas kepala mereka lalu menemui beg tallit itu.

‘’Ini milik siapa?’’ tanya pramugari itu.

Apabila Roberto menuntutnya, pramugari itu melemparkan beg itu ke atas ribanya dan berkata,  beg itu perlu diletakkan di bawah tempat duduk.

‘’Ini adalah barang keagamaan, ia tidak boleh diletakkan di bawah tempat duduk,” jelas Roberto,

‘’Dia menjerit ke arah saya dan menuding jarinya,’’  tambah lelaki itu.

Elana berkata, permintaan pramugari itu sama seperti meminta seorang Kristian ‘melempar salib ke lantai’ iaitu tempat di mana ia boleh dipijak.

“Tiada sesiapa berkata sepatah pun. Tiada siapa yang membela kami. Ia memalukan. Perkara tersebut dianggap tidak bermaruah seperti mengambil kitab Injil Bible atau kitab suci al-Quran dan membuangnya ke lantai,’’ kata Rabai Mitchell Rocklin. 

Terdapat pantang larang yang kuat dalam masyarakat Yahudi melarang  meletakkan barang keagamaan seperti beg Tallit di atas lantai, kata mereka.

Akhirnya, seorang anak kapal telah dipanggil dan menggesa mereka mengikutinya keluar dari pesawat, kata mereka.

Sebaik sahaja mereka dibawa keluar, anak kapal itu memberitahu rakan sekerjanya: ‘’Tutup pintu!’’.

‘’Apa kami, penjenayah?’’ soal  Elena.

Pasangan itu ditinggalkan tanpa ubat diabetes Roberto yang berada dalam bagasi yang didaftarkan. Mereka juga tidak mendapat bantuan daripada syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan makanan atau tempat penginapan pada malam itu dan terpaksa menaiki teksi ke rumah rakan ketika taufan melanda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI