fbpx

Pasukan keselamatan bunuh 13 orang awam di timur laut India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dirakam pada 8 Februari 2020 menunjukkan sebuah kawasan di Nagaland. - AFP

NEW DELHI – Pasukan keselamatan India membunuh 13 orang awam di negeri Nagaland, timur laut negara itu apabila mereka menembak sebuah trak dan kemudian melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berkumpul untuk membantah serangan tersebut, kata polis hari ini.

“Situasi di seluruh daerah Mon kini amat tegang. Kami dapat mengesahkan 13 kematian termasuk seorang buruh  dari luar Nagaland,” kata pegawai polis tempatan, Sandeep M. Tamgadge berhubung kejadian semalam itu.

Sandeep berkata, enam buruh terbunuh ketika pulang ke kediaman mereka di Kampung Oting. Mereka ditembak pasukan keselamatan yang melakukan serangan hendap.

Anggota keluarga mangsa kemudian keluar mencari lelaki-lelaki yang hilang itu. Kumpulan itu  menyoal pasukan keselamatan selepas menemui mayat mereka.

“Kumpulan berkenaan kemudian pergi ke tempat pasukan keselamatan tempatan untuk mencabar dan menyoal siasat mereka berhubung kematian tersebut,” kata Sandeep.

“Ketika itu, konfrontasi tercetus antara kedua-dua belah pihak dengan anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan dan membunuh tujuh yang lain,” tambahnya.

Sementara itu, tentera India menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya bertindak berdasarkan maklumat risikan sahih dalam menjejaki pejuang pemberontak yang beroperasi di kawasan itu.

Tambahnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut terbunuh dalam insiden kedua, manakala sebilangan yang lain cedera. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI